Masyarakat sering melihat kepada
gaya hidup seseorang bagi menilai kejayaan seseorang. Namun yang demikian untuk
kebanyakkan masyarakat di W.P. Labuan masalah utama yang sering diutarakan
adalah harga barang keperluan harian yang sangat berbeza jika dibandingkan
dengan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Sehubungan dengan perkara
tersebut pihak kerajaan telah mencadangkan Kedai 1Malaysia sebagai salah satu
saluran bagi menangani masalah harga barangan keperluan. Meskipun Kedai
1Malaysia ini dikatakan hanya boleh dibangunkan di W.P. Labuan, Pejabat
Parlimen W.P. Labuan telah berjaya mendapatkan Kedai Koperasi 1Malaysia yang
sedang beroperasi di Bukit Kalam pada ketika ini. Kejayaan membawa Kedai
Koperasi 1Malaysia ini merupakan satu titik tolak untuk kita bersama-sama
mencari penyelesaian terhadap masalah harga barangan kian meningkat. Pada masa
ini terdapat 75 item barangan harian yang ditawarkan di Kedai Koperasi
1Malaysia dan dipenghujung tahun 2012 sebanyak 100 item akan disediakan kepada
penduduk W.P. Labuan. Proses penjimatan isi rumah boleh dilaksanakan melalui
Kedai Koperasi 1Malaysia. Sebagai contoh, perbezaan harga Milo Kedai Koperasi
1Malaysia jika dibandingkan dipasaraya adalah sebanyak RM9.00/kilogram. Dalam
sebulan satu isi rumah menggunakan 2 kilogram serbuk Milo. Penjimatan adalah
RM18.00/bulan. Dalam setahun RM216.00 dapat dijimatkan. Ini adalah contoh bagi
satu item harian. Jumlah ini mungkin kecil bagi isi rumah berpendapatan tinggi
tetapi bagi mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM1000.00/bulan jumlah ini
boleh digunakan untuk perbelajaan lain.
Namun ini adalah usaha kerajaan
Malaysia untuk menangani masalah harga barangan yang semakin meningkat.
Persoalan yang timbul adalah bagaimana jabatan-jabatan kerajaan di W.P. Labuan
dapat menghasilkan input penyelesaian secara lokal? Maksudnya, apakah
cadangan-cadangan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan barangan asas yang
boleh dihasilkan di W.P. Labuan?
Cadangan untuk menyediakan satu
industri untuk satu kampung merupakan satu program yang pernah dicadangkan oleh
pihak kerjaan pusat bagi menampung keperluan makanan sesebuah kawasan dan
cadangan ini boleh digunapakai di W.P. Labuan kerana kita mempunyai tenaga
pakar dari setiap jabatan untuk melahirkan buah fikiran yang bernas. Buah
fikiran yang dianggap boleh dilaksanakan ini boleh diangkat secara bersepadu
dengan kerjasama dari semua jabatan-jabatan yang berkaitan. Pejabat Parlimen
W.P. Labuan percaya bahawa dengan adanya kerjasama daripada semua pihak sifat
kebergantungan kepada produk makanan dari luar W.P. Labuan dapat dikikis dan
W.P. Labuan akan dapat berdiri diatas kaki sendiri berdasarkan nasihat serta
bimbingan pihak berkuasa tempatan. Namun….. adakah belia-belia W.P. Labuan
sanggup untuk menceburi bidang pertanian sekiranya kepakaran dan sokongan
disediakan?
Oleh yang demikian sudah tiba
masanya kita merancang bersama tentang strategi-strategi yang boleh diambil
secara bersepadu untuk menangani masalah yang harga barangan keperluan harian
yang semakin lama semakin meruncing. Biarlah kita mencari inisiatif sendiri
berdasarkan kepada idea-idea yang praktikal untuk dijayakan.
No comments:
Post a Comment