Thursday, June 21, 2012

W.P. Labuan Mampu Berdikari Menjelang 2015

Masyarakat sering melihat kepada gaya hidup seseorang bagi menilai kejayaan seseorang. Namun yang demikian untuk kebanyakkan masyarakat di W.P. Labuan masalah utama yang sering diutarakan adalah harga barang keperluan harian yang sangat berbeza jika dibandingkan dengan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Sehubungan dengan perkara tersebut pihak kerajaan telah mencadangkan Kedai 1Malaysia sebagai salah satu saluran bagi menangani masalah harga barangan keperluan. Meskipun Kedai 1Malaysia ini dikatakan hanya boleh dibangunkan di W.P. Labuan, Pejabat Parlimen W.P. Labuan telah berjaya mendapatkan Kedai Koperasi 1Malaysia yang sedang beroperasi di Bukit Kalam pada ketika ini. Kejayaan membawa Kedai Koperasi 1Malaysia ini merupakan satu titik tolak untuk kita bersama-sama mencari penyelesaian terhadap masalah harga barangan kian meningkat. Pada masa ini terdapat 75 item barangan harian yang ditawarkan di Kedai Koperasi 1Malaysia dan dipenghujung tahun 2012 sebanyak 100 item akan disediakan kepada penduduk W.P. Labuan. Proses penjimatan isi rumah boleh dilaksanakan melalui Kedai Koperasi 1Malaysia. Sebagai contoh, perbezaan harga Milo Kedai Koperasi 1Malaysia jika dibandingkan dipasaraya adalah sebanyak RM9.00/kilogram. Dalam sebulan satu isi rumah menggunakan 2 kilogram serbuk Milo. Penjimatan adalah RM18.00/bulan. Dalam setahun RM216.00 dapat dijimatkan. Ini adalah contoh bagi satu item harian. Jumlah ini mungkin kecil bagi isi rumah berpendapatan tinggi tetapi bagi mereka yang mempunyai pendapatan dibawah RM1000.00/bulan jumlah ini boleh digunakan untuk perbelajaan lain.
Namun ini adalah usaha kerajaan Malaysia untuk menangani masalah harga barangan yang semakin meningkat. Persoalan yang timbul adalah bagaimana jabatan-jabatan kerajaan di W.P. Labuan dapat menghasilkan input penyelesaian secara lokal? Maksudnya, apakah cadangan-cadangan pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan barangan asas yang boleh dihasilkan di W.P. Labuan?
Cadangan untuk menyediakan satu industri untuk satu kampung merupakan satu program yang pernah dicadangkan oleh pihak kerjaan pusat bagi menampung keperluan makanan sesebuah kawasan dan cadangan ini boleh digunapakai di W.P. Labuan kerana kita mempunyai tenaga pakar dari setiap jabatan untuk melahirkan buah fikiran yang bernas. Buah fikiran yang dianggap boleh dilaksanakan ini boleh diangkat secara bersepadu dengan kerjasama dari semua jabatan-jabatan yang berkaitan. Pejabat Parlimen W.P. Labuan percaya bahawa dengan adanya kerjasama daripada semua pihak sifat kebergantungan kepada produk makanan dari luar W.P. Labuan dapat dikikis dan W.P. Labuan akan dapat berdiri diatas kaki sendiri berdasarkan nasihat serta bimbingan pihak berkuasa tempatan. Namun….. adakah belia-belia W.P. Labuan sanggup untuk menceburi bidang pertanian sekiranya kepakaran dan sokongan disediakan?
Oleh yang demikian sudah tiba masanya kita merancang bersama tentang strategi-strategi yang boleh diambil secara bersepadu untuk menangani masalah yang harga barangan keperluan harian yang semakin lama semakin meruncing. Biarlah kita mencari inisiatif sendiri berdasarkan kepada idea-idea yang praktikal untuk dijayakan.

Sunday, November 13, 2011

( PERBAHASAN BELANJAWAN 2012)

DEWAN RAKYAT
PARLIMEN KEDUA BELAS
PENGGAL KEEMPAT
MESYUARAT KETIGA

Rang Undang-undang Perbekalan 2012
( PERBAHASAN BELANJAWAN 2012)
(12 Oktober 2011)
Jam 5.55pm


Datuk Haji Yusof Haji Mahal [Labuan]:

Terima kasih Tuan Yang di-Pertua.
Bismillaahir Rahmaanir Rahiim.
Assalammualaikum warahmatullaahi wabarakaatuh
dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang Amat Berhormat
Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak di atas ucapan Bajet 2012 yang
berpayungkan Dasar Transformasi Nasional dan disifatkan sebagai bajet membela rakyat,
menyejahterakan negara. Bajet adalah cerminan keikhlasan kerajaan Barisan Nasional dan jelas sekali amat bertepatan dan selari dengan usaha negara memperkukuhkan pacuan mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi yang akan datang, insya-Allah.

Tuan Yang di-Pertua, membahaskan Usul Bajet 2012 ini, ingin saya mulakan dengan
menelusuri fokus pertama daripada lima fokus utama iaitu meligat pelaburan. Sebagaimana
sedia maklum bahawa tahun 2012 adalah tahun pertama pelaksanaan rolling plan kedua bagi
RMKe-10 dengan peruntukan sebanyak RM49.2 bilion. Penumpuan kerajaan terhadap projek
berimpak tinggi dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara amnya dan ekonomi
setempat khususnya amat tepat dan Labuan juga mendukung pelaksanaan pembangunan
sedemikian yang bakal menjadi testimonial kelangsungan kerajaan yang benar-benar merasai
denyutan nadi rakyat.

Oleh yang demikian, Labuan turut mengusulkan agar kerajaan yang diterajui oleh Yang
Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib agar menilai untuk melaksanakan,
membangunkan pengangkutan marin di Labuan menerusi cadangan pembinaan alur Labuan-
Menumbok di Wilayah Persekutuan Labuan. Projek yang telah pun diklasifikasikan sebagai
projek berimpak tinggi dan perlu diberi keutamaan, ini pastinya bakal memberikan manfaat
kepada lebih daripada 100,000 penduduk Labuan dan juga lebih sejuta penduduk rakyat Sabah.

Penduduk Labuan dan sebilangan penduduk tanah besar Sabah juga akan dapat menikmati
sekiranya benda ini dapat kita laksanakan. Ini telah pun disuarakan oleh rakyat Labuan dan telah
pun dipersetujui oleh Yang Amat Berhormat sewaktu lawatan beliau ke Wilayah Persekutuan
Labuan pada Februari yang lalu.



Tuan Yang di-Pertua, juga di bawah rolling plan kedua ini, dalam kita mengetengahkan
kembali peranan sektor swasta bagi memangkinkan peranan yang disignificantkan dalam menjana ekonomi negara. Tindakan kerajaan memperuntukkan sebanyak RM20 bilion dibawah dana mudah cara perkongsian awam-swasta adalah satu tindakan yang begitu bijak lagi berani.

Pun begitu, kita amat mengharapkan agar pelaksanaan penyaluran dana berkenaan dibuatdengan cekap bagi memastikan matlamat utama dana tersebut disalurkan iaitu sebagai tippingpoint dengan izin, di dalam membantu sektor swasta membangunkan projek yang mempunyainilai strategik kepada negara akan tercapai. Jangan ada hendaknya jabatan ataupun agensi,UKAS contohnya yang bertanggungjawab pincang di dalam melaksanakan kerana ia bukansahaja membawa kepada keuntungan dan juga nilai gandaan kepada negara, dikhuatiri pula akan berlaku sebaliknya.
Saya juga mencadangkan agar kerajaan meneliti dan mempertimbangkan untuk
menyenaraikan projek pembinaan jambatan dari Labuan ke tanah besar Sabah iaitu Labuan-
Menumbok Bridge, dengan izin. Meskipun ia tidak tersenarai di antara beberapa projek PPP didalam bajet yang lalu, saya dan seluruh warga Labuan juga sebahagian warga Sabah amat
mengharapkan agar projek pembinaan jambatan ini dapat menjadi kenyataan demi
kesejahteraan rakyat. Diharap kerajaan mempertimbangkan untuk meneruskan projek
pembinaan jambatan ini dan menerusi inisiatif projek perkongsian awam-swasta (PPP) yang
memanfaatkan dana mudah cara RM20 bilion yang telah pun diperuntukkan.

Tuan Yang di-Pertua saya juga turut mencadangkan pembinaan sebuah pelabuhan baru
ataupun Labuan Integrated Port dengan izin, yang dapat dijadikan hab perdagangan BIMPEAGAdengan memanfaatkan kedudukan geografi dan juga status Labuan sebagai duty free portdengan izin, yang bakal menjana pendapatan besar kepada negara.

Dengan pembinaan pelabuhan ini kelak bukan sahaja akan menyelesaikan pelbagai
masalah berkaitan pelabuhan sedia ada seperti masalah saiz port yang kecil mengakibatkan
kenaikan kos logistik dan juga memberikan kesan akhir kepada harga barang yang begitu tinggi.Masalah kesesakan lalu lintas yang semakin meruncing akibat kedudukan pelabuhan yang sedia ada yang berada di tengah-tengah bandar Labuan, malahan akan merancakkan lagi aktivitiminyak dan gas di Wilayah Persekutuan Labuan dan di Malaysia Timur.

Masih di fokus pertama, iaitu mempergiatkan aktiviti perusahaan kecil dan sederhana
(PKS). Hakikat bahawa perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting
dalam menerajui pertumbuhan ekonomi negara adalah benar. Usaha kerajaan memberikan
tumpuan di dalam membangunkan small and medium enterprise dengan izin, sebagai jentera
pertumbuhan dan inovasi melalui pewujudan dana pembiayaan PKS patuh syariah berjumlah
RM2 bilion pada tahun 2012 adalah tepat. Tahniah di atas keprihatinan kerajaan yang peka akan kehendak rakyat.

Pada hemah saya enterprise kecil dan sederhana selain memerlukan akses kepada
kemudahan pembiayaan tidak kurang penting adalah usaha kerajaan mengharmonikan agensi
berkaitan SME untuk memainkan peranan secara bersepadu agar skim-skim kerajaan disediakanbenar-benar dapat dimanfaatkan oleh EKS tempatan. Malangnya ketiadaan agensi berkaitan seperti SME Corporation, SME Bank, PUNB, MIDA dan lain-lain di Labuan mengakibatkan pembangunan dan penglibatan bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana di Labuan amat minima dan hampir tidak wujud.

Saya mencadangkan agar kementerian bertanggungjawab iaitu MITI meneliti untuk
mewujudkan SME Bank ataupun SME Corp. di Labuan dengan mewujudkan agensi berkaitan. Ini akan menyelesaikan kesulitan-kesulitan IKS di Labuan untuk mengembangkan lagi perniagaan sedia ada dan sekali gus bersaing dengan pengusaha-pengusaha bukan bumiputera yang lain.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjayakan lagi pelaksanaan Bajet 2012 di dalam menggalakkan sektor pelancongan khususnya di Labuan. Saya mengusulkan agar satu usaha bersepadu di antara Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Pelancongan dilaksanakan bagi menaik taraf status Labuan, Lapangan Terbang Labuan yang sedia ada kepada status lapangan terbang antarabangsa iaitu international airport status.

Penaiktarafan status ini amat diperlukan dan ianya bakal menghidupkan kembali industri
pelancongan di Labuan yang malap. Untuk makluman Tuan Yang di-Pertua satu masa dulu
Lapangan Terbang Labuan pernah menerima pendaratan kapal terbang daripada Royal Brunei
Airlines menerusi penerbangan langsung Labuan – Brunei – Labuan. Pengiktirafan status
Lapangan Terbang Labuan pada status lapangan terbang antarabangsa turut kekal memainkan
sektor lain seperti industri minyak dan gas dan industri kecil dan sederhana di Labuan.

Menyentuh mengenai fokus kedua mengungguli modal insan, merencana kreativiti dan
juga mencetus inovasi. Di dalam Bajet 2012, peruntukan sebanyak RM37.2 bilion untuk
Kementerian Pelajaran Malaysia, RM12.8 bilion untuk Kementerian Pengajian Tinggi dan juga RM1.3 bilion untuk Kementerian Sumber Manusia oleh kerajaan adalah satu peruntukan yang berhemah. Ini sekali gus membuktikan keikhlasan dan kejujuran kerajaan Barisan Nasional di dalam menjamin dan meningkatkan kualiti pendidikan negara dan membangunkan modal insan.

Usaha memperkasakan institusi pengajian tinggi ke arah bertaraf dunia bakal menjana
kewujudan sosioekonomi negara di masa yang akan datang. Saya ingin mengusulkan agar
kerajaan menimbang untuk menaik tarafkan Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa
Labuan sebagai sebuah full-pledged university, dengan izin. Dengan penaiktarafan ini UMS
Kampus Antarabangsa akan dapat mewujudkan dan menawarkan pengajian penjurusan kepada industri minyak dan gas disebabkan oleh status Labuan itu sendiri selaku hab minyak dan gas di Wilayah Malaysia Timur.

Ini bukan hanya akan menumpukan tahap inovasi negara ke arah lebih memberangsangkan malahan memberi pulangan positif kepada guna tenaga setempat dan sekali gus memberikan galakan kepada sektor swasta untuk melabur dan juga infrastruktur fizikal di Wilayah Persekutuan Labuan. Ianya akan menjadikan penarik kepada pihak swasta sama sama menawarkan perkhidmatan, latihan, kemahiran berkaitan dengan kerjasama awam dan swasta di bidang pendidikan. Ini seiring dengan gagasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri di dalam ucapan bajetnya agar sektor swasta disarankan untuk berganding bahu memantapkanpembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

Perkara sedemikian juga harus dilakukan di tempat ataupun di wilayah lain di seluruh
Malaysia untuk mendapatkan impak yang positif secara menyeluruh. Di dalam menterjemahkan usaha hebat kerajaan bagi memantapkan pembangunan pendidikan, pemansuhan bayaran sebanyak RM24.50 sen bagi pelajar sekolah rendah dan RM33.50 sen bagi pelajar sekolahmenengah adalah satu keputusan yang baik dan saya percaya akan benar-benar dihargai oleh rakyat di seluruh Malaysia.

Kalau pemerintah di negara jiran masih berusaha untuk mewujudkan apa yang
dilaungkan sebagai sekolah gratis ataupun free school, dengan izin. Ini Malaysia bakal
mendahului dengan wujudnya sekolah percuma bagi pendidikan rendah dan juga menengah
yang bakal terukir di dalam lipatan sejarah negara kita di Malaysia yang kita cintai ini.

Walaupun begitu saya bersyukur dan pengiktirafan ini hanya akan dirasai oleh mereka yang kenal erti bersyukur dan tahu sejarah bukannya bagi golongan yang tamak dan tidak kenal erti syukur dan jahil sejarah.

Tahniah kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan kerajaan Barisan Nasional
atas usaha mewujudkan apa yang dipanggil sekolah percuma secara hakikinya. Memang kalau
kita lihat Tuan Yang di-Pertua, Bajet 2012 ini boleh diterjemahkan secara keseluruhan sebagai bajet membela rakyat dan menyentuh mengenai fokus ketiga Program Transformasi Luar Bandar.

Hasil penelitian saya, Program Transformasi Luar Bandar ataupun RTP ini adalah amat
perlu dipastikan keberhasilannya dan stakeholders dengan izin, iaitu rakyat mendapat pulangan yang berimpak positif daripada RTP berkenaan. Saya yakin dan percaya ketiga-tiga langkah yang bakal dilaksanakan kerajaan sebagaimana yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan mencapai kejayaan yang kita harap-harapkan.

Sebagai bukti bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri seorang yang
mengotakan janji, masalah penyaluran bekalan air bersih di Labuan telah pun selesai.
Penderitaan hampir 100,000 rakyat di Labuan telah pun berakhir dengan beroperasinya sistem
bekalan air di wilayah – sistem bekalan air Labuan fasa 2 pada bulan Februari yang lalu telah
pun dilancarkan sendiri oleh Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib. Projek berfalsafahkan “Rakyat Didahulukan” tersebut meningkatkan kapasitas penyaluran air pada 19 juta liter per hari. Ini diperkirakan akan dapat menampung keperluan air di Labuan sehingga tahun 2030.

Keperluan ini di Labuan meningkat dengan mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini
disebabkan oleh berkembangnya industri minyak dan gas di Labuan. Sebagai contoh pembinaan Petronas Methanol kedua di kawasan industri rancah-rancah. Ini yang dikatakan kerajaan yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat seiring dengan gagasan 1Malaysia

Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan untuk melangsungkan terus usaha mulia yang
melibatkan penyaraan hampir 29,000 kontraktor Kelas ‘F’ di dalam melaksanakan projek
penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan juga projek infrastruktur asas (PIAS) dengan
peruntukan RM500 juta adalah disambut baik, juga peruntukan sebanyak RM150 juta kepada
Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank bagi pengusaha-pengusaha bas
mendapat pinjaman mudah atau kembali dan membaik pulih bas yang sedia ada bukti
keprihatinan kerajaan.

Menyentuh mengenai fokus keempat, merperkejap perkhidmatan awam. Saya terpanggil
untuk membahaskan berkenaan dengan mentransformasikan perkhidmatan awam. Syabas dan
tahniah kepada para penjawat awam yang bakal menikmati faedah kenaikan gaji sehingga 13% hasil pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan sistem sedia ada. Sesungguhnya kerajaan amat prihatin terhadap para penjawat awam yang turut menjadi nadi kerajaan dan negara di dalam merealisasikan gagasan murni 1Malaysia.

Ini kerana negara berpendapatan tinggi ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan
benar-benar serius untuk menjayakan apa yang dipanggil government transformation programme dengan izin, atau GTP. Saya berharap agar para penjawat awam kelak akan lebih ikhlas dan berintegriti di dalam meningkatkan produktiviti-produktiviti kerja terhadap yang lebih cemerlang, insya-Allah.

Jangan pula apabila kita memberikan kenaikan yang cukup baik atas perjuangan dan
juga sokongan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat, maka kadang-kadang ada juga ketua-ketua
setiausaha yang berlagak dan juga seolah-olah dia berkuasa lebih besar daripada menteri. Jadi
kita mengharapkan kepada penjawat-penjawat awam yang tertinggi, buatlah tugas yang sebaik
mungkin agar semuanya dapat menikmati hasil daripada keamanan dan keharmonian kerajaan
yang ada pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, berbahas mengenai menyediakan suasana kondusif angkatan
keselamatan, kita baru sahaja melewati sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari
Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama-sama dengan Angkatan Tentera di Wilayah
Persekutuan Labuan. Oleh kerana keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini tidakdatang dengan sendirinya, hakikatnya bahawa kerajaan tidak pernah dan tidak akan menafikan jasa dan pengorbanan para pejuang negara sama ada yang telah berkhidmat apatah lagi yang sedang berkhidmat terbukti menerusi Bajet 2012 yang bakal dilaksanakan.

Bukan hanya yang masih berkhidmat diberikan perhatian, yang sudah pencen turut
diperhatikan kebajikannya oleh kerajaan. Mana ada kerajaan yang lebih baik dari ini.

Bener benar kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang melihatkan bahawa selalu mengenang budi kepada pejuang-Tuan Yang di-Pertua, komitmen kerajaan untuk melangsungkan terus usaha mulia yang melibatkan penyaraan hampir 29,000 kontraktor Kelas ‘F’ di dalam melaksanakan projek penyelenggaraan infrastruktur awam (PIA) dan juga projek infrastruktur asas (PIAS) dengan peruntukan RM500 juta adalah disambut baik, juga peruntukan sebanyak RM150 juta kepada Tabung Pembangunan Pengangkutan Awam di SME Bank bagi pengusaha-pengusaha bas mendapat pinjaman mudah atau kembali dan membaik pulih bas yang sedia ada bukti keprihatinan kerajaan.

Menyentuh mengenai fokus keempat, merperkejap perkhidmatan awam. Saya terpanggil
untuk membahaskan berkenaan dengan mentransformasikan perkhidmatan awam. Syabas dan
tahniah kepada para penjawat awam yang bakal menikmati faedah kenaikan gaji sehingga 13% hasil pengenalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) menggantikan sistem sedia ada. Sesungguhnya kerajaan amat prihatin terhadap para penjawat awam yang turut menjadi nadi kerajaan dan negara di dalam merealisasikan gagasan murni 1Malaysia.

Ini kerana negara berpendapatan tinggi ini sekali lagi membuktikan bahawa kerajaan
benar-benar serius untuk menjayakan apa yang dipanggil government transformation programme dengan izin, atau GTP. Saya berharap agar para penjawat awam kelak akan lebih ikhlas dan berintegriti di dalam meningkatkan produktiviti-produktiviti kerja terhadap yang lebih cemerlang, insya-Allah.

Jangan pula apabila kita memberikan kenaikan yang cukup baik atas perjuangan dan
juga sokongan daripada Ahli-ahli Dewan Rakyat, maka kadang-kadang ada juga ketua-ketua
setiausaha yang berlagak dan juga seolah-olah dia berkuasa lebih besar daripada menteri. Jadi
kita mengharapkan kepada penjawat-penjawat awam yang tertinggi, buatlah tugas yang sebaik
mungkin agar semuanya dapat menikmati hasil daripada keamanan dan keharmonian kerajaan
yang ada pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, berbahas mengenai menyediakan suasana kondusif angkatan
keselamatan, kita baru sahaja melewati sambutan Hari Raya Aidilfitri, sambutan Hari
Kemerdekaan dan Hari Malaysia bersama-sama dengan Angkatan Tentera di Wilayah
Persekutuan Labuan. Oleh kerana keamanan dan kemakmuran yang kita nikmati selama ini tidak datang dengan sendirinya, hakikatnya bahawa kerajaan tidak pernah dan tidak akan menafikan jasa dan pengorbanan para pejuang negara sama ada yang telah berkhidmat apatah lagi yang sedang berkhidmat terbukti menerusi Bajet 2012 yang bakal dilaksanakan.

Bukan hanya yang masih berkhidmat diberikan perhatian, yang sudah pencen turut
diperhatikan kebajikannya oleh kerajaan. Mana ada kerajaan yang lebih baik dari ini. Benarbenar kerajaan Barisan Nasional sahajalah yang melihatkan bahawa selalu mengenang budi kepada pejuang-pejuang yang ada di Malaysia ini. Labuan turut mencadangkan agar bahawa programme army care dengan izin, dengan peruntukan sejumlah RM500 juta yang akan

diberikan, kerajaan turut memperbaiki. Kita memohon agar kerajaan dapat memperbaiki rumah rumah kakitangan Tentera Udara Diraja Malaysia di Wilayah Persekutuan Labuan dan menaik taraf mes pegawai dan juga dewan yang sedia ada agar lebih kondusif.

Penumpuan sudah pasti perlu oleh kerajaan kepada kakitangan Pangkalan Udara Diraja
Malaysia di Labuan iaitu Markas Dua Divisyen Dua, Tentera Diraja Malaysia yang berpangkalan di Labuan merupakan front liner pertahanan negara di wilayah Sabah dan Sarawak dan juga Labuan demi memastikan kebajikan mereka terus dipelihara dan akan tetap diperbaiki.

Selain daripada itu juga saya turut mengusulkan agar bangunan-bangunan kerajaan
seperti Jabatan Laut Labuan dan Laut China Selatan dapat digantikan dengan bangunan yang
baru atau diperbaiki kerana keadaan begitu yang sedia ada cukup usang. Kita harapkan pihak
kerajaan ataupun kementerian yang berkenaan dapat melihat kembali untuk pembaikan tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, berbahas mengenai fokus kelima dalam Bajet 2012 iaitu meredakan inflasi dan juga mengimarahkan kehidupan rakyat. Harus dipuji perhatian kerajaan didalam meningkatkan pengeluaran bekalan makanan dan industri agro. Langkah melancarkan dasar agro makanan negara 2011 hingga 2020 tepat pada masanya. Saya menyarankan agar tabung ekonomi kumpulan usaha niaga ataupun TEKUN yang menjadi sebahagian bakal menerima peruntukan sebanyak RM1.1 bilion pada 2012 diperkasakan apatah lagi TEKUN cawangan Labuan yang bagaikan hidup segan mati tidak mahu beroperasi di Labuan cukup tidak begitu menyenangkan.


Kegagalan agensi seperti ini beroperasi pada tahap seharusnya dapat dalam tahap yang
cemerlang akan membentuk usaha murni kerajaan membantu rakyat dan menjamin kejayaan
dasar agro makanan negara meskipun strategi dan juga peruntukan telah dan akan disalurkan.
Namun bila mana kumpulan pelaksananya lemah hasilnya pasti kurang memuaskan. Memetik
daripada komen daripada Yang Amat Berbahagia Negarawan kita Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Bajet 2012 yang baik menuntut pelaksanaan yang juga baik bagi membuahkan hasil yang diharapkan.

Tuan Yang di-Pertua, usaha kerajaan meneruskan pelaksanaan Program Perumahan
Rakyat (PPR) di seluruh negara dengan membina lebih daripada 75,000 unit rumah mampu milik di bawah RMKe-10 adalah baik. Pada pembentangan Bajet 2011 yang lalu diberitahu bahawa kerajaan membantu meningkatkan pemilikan rumah dengan menyediakan peruntukan sejumlah RM568 juta bagi membina 300 unit di bawah projek perumahan bandar. Sejumlah 79,000 unit rumah di bawah projek perumahan rakyat dan 8,000 unit di bawah program bantuan sewa rumah. Manakala pada tahun 2012 berjumlah RM443 juta diperuntukkan bagi membina hampir 8,000 unit PPR di sewa dan lebih 7,000 unit PPR dimiliki.

Saya mencadangkan agar program-program sedemikian turut dapat dilaksanakan di
kawasan Parlimen saya di Wilayah Persekutuan Labuan. Menyedari bahawa Labuan juga tidak terlepas daripada masalah kekurangan rumah terutamanya rumah mampu milik bagi golonganmiskin dan berpendapatan rendah. Saya amat tahu dan maklum akan masalah kurangnya perumahan mampu milik malahan bilangan rumah di Labuan yang sedikit kini menjadi masalah yang kian meruncing sekiranya tidak ditangani dengan segera.

Labuan amat mengharapkan agar kerajaan juga kementerian terbabit atau mungkin
agensi seperti SPNB dapat memberikan perhatian serius mengenai hal ini. Di dalam perbahasan usul 2012 kali ini ingin saya mencadangkan agar diwujudkan satu bentuk galakan serius kepada pihak korporat terutamanya syarikat-syarikat berkenaan dengan kerajaan atau government-linked company dengan izin, untuk turut sama aktif di dalam melaksanakan projek kemasyarakatan.

Ini kerana di Labuan misalnya terdapat beberapa GLC yang hebat yang besar seperti
Petronas Carigali, Petronas Methanol, Labuan LSE, Asian Supply Base dan lain-lain yang
bertapak di Wilayah Persekutuan Labuan dan menjana hasil beratusan juta namun kurang dirasai sumbangan balas yang harus menjadi tanggungjawab sosial korporat, badan ataupun syarikat syarikat GLC berkenaan kepada rakyat Labuan. Cuma ada beberapa syarikat yang sentiasa aktif, yang sentiasa berganding bahu, sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat contohnya seperti syarikat Asian Supply Base dan juga Labuan Shipyard & Engineering. Selebihnya walaupun Petronas Methanol begitu hebat dan juga Labuan LSE yang bertaraf antarabangsa akan tetapi kelihatannya agak muram kerana tidak begitu banyak aktiviti rakyat yang kita lihat walaupun mereka mempunyai keuntungan beratusratus juta yang kita lihat pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, akhir kata dengan tunjangan semangat 1Malaysia, “Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Ekonomi Baru dengan izin Allah SWT saya yakin dan percaya bahawa Bajet 2012 dengan dasar transformasi nasional, bajet ‘Membela rakyat, Mensejahtera negara’ akan dapat dilaksanakan dengan jayanya dan cita-cita merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020 akan dapat kita capai.

Akhir itu saya akhiri dengan sebuah pantun sebagai ucapan terima kasih kepada
Kerajaan Barisan Nasional. Pantunnya berbunyi begini Tuan Yang di-Pertua,

“Pulau Labuan tidak berbukit,
Ada bukit di batu arang,
Budi Kerajaan Barisan Nasional bukan sedikit,
Dari dahulu hingga sekarang”

Sekian, terima kasih. Saya juga turut menyokong.

Tuesday, May 17, 2011

ASEAN YOUTH FORUM ON INNOVATION AND CREATIVITY

TEXT SPEECH MEMBER OF PARLIAMENT FOR LABUAN YB DATUK YUSSOF MAHAL AT A DINNER IN CONJUNCTION WITH ASEAN YOUTH FORUM
ON INNOVATION AND CREATIVITY
ON 17TH APRIL 2011 TIARA HOTEL, FT LABUAN
­­­­­­­­­­­­­­­Bismillahirahmanirrahim…
Good Morning, Salam Sejahtera and Salam 1Malaysia
YB Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili
Minister of Science, Technology and Innovation
Dr Raslan Ahmad
Yayasan Innovasi Malaysia (YIM) chief executive officer
Khairun Nisa
Co-founder of Malaysia Youth Climate Justice Network
Kal Joffres
TandemFund chief operating officer
Participants from Asean countries of China, Japan and South Korea and Malaysia.
Welcome to Federal Territory of Labuan. As Member of Parliament for Labuan, it is my great pleasure to receive you all to my constituency. It is a great honor, indeed, to have you all here on our beautiful island. I was made to understand about 100 participants from Asean countries, have confirmed to participate in the three-day Asean Youth Forum on Innovation and Creativity (AYFIC) 2011 to be held here, starting tomorrow.
The forum I believe is able to be a platform of promoting Malaysia as a hub for innovation and creativity among youths, a platform for them to share their insights in this issue, thus promoting better understanding and collaboration among Asean youths. With a theme of 'Youth and Innovation as Agent of Change', the forum is aimed at enabling young participants to share their insight on innovation and creativity and produce new ideas that could bring positive impact to the world.

The idea of the AYF is to bring together college and university students and young people from all over the Asian region to an international convention to meet with other youth and educators and Ouprovide them a venue where they could share their ideas, views and knowledge on culture, language, leadership and social and global issues and also learn from others.
Notably, since its inception, AYF has been focused to the following objectives:
  • Allow the participants to learn and understand each other’s basic language and to put emphasis on the use of the English language as an important (international) language and tool for communication in order to properly convey one’s ideas to another.
  • Bring together the youth of Asia to an exchange opportunity to learn about each other’s culture, values, perceptions and history in order to bridge cultural gap and foster an environment of awareness, understanding and tolerance amidst differences.
  • Provide a venue for the participants to freely discuss specific social and global issues that concern the youth in Asia today and understand how it affects them
  • Provide the participants the opportunity and venue to plan for a solution which can be applied in their communities upon return home to resolve their chosen concern issue.
  • Provide the participants training on business-life skills and help them prepare to become responsible global citizens and international leaders.
Ladies and gentlemen,
While looking through various reports, studies, books and other secondary sources – all of which offer a variety of insights related to the interests, needs and experiences of young people, a clear research gap became evident. Much of the research that exists on young people does not involve a global perspective, and often focuses on youth in the context of consumers in order to support business decisions, or youth who are ‘at risk’ and are a segment of the population vulnerable to a variety of social problems. 

Rarely are youth examined in the context of having the potential to be agents of change, problem-solvers, or leaders of the information society. In addition, major studies do not involve youth in the process of survey design, which can affect the potential bias of the research. In trying to examine if and how the role of young people has changed as a result of technology, the need for a unique study involving youth leaders and influencers from around the world who have access to technology became clear.
Ladies and Gentlemen,
In order to gain a deeper understanding of how the role of young people is currently perceived and how it has changed over the last 100 years, a survey was designed to explore the roles and the importance of involvement of youth various issues and this includes… How is ‘youth’ defined? What are key differences between the perceptions of youth verses perceptions of adults? Issue of touch on participation of youth in Decision-Making process. 
 
Ladies and gentlemen,
We are fully aware, how important is it for young people to be involved in decision-making? What is the current perceived level of youth participation in decision-making on local, national and global levels? 

Ladies and Gentlemen,
Youth Are Becoming More Engaged as Key Stakeholders
When key stakeholders are brought together to share a vision for the future, it is critical to recognize that although most young people are unable to formally represent a business, government or non-profit institution as a key stakeholder, they do have the largest stake in the future and can often help to revive and refresh various perspectives being shared.
“Youth participation often requires changes in the way adults perceive and deal with adolescents, since the rights of young people and their capacities to make decisions for themselves are often unrecognized and undervalued.” 

Ladies and Gentlemen,
Increasingly, institutions are recognizing the importance of bringing the voices of young people to the forefront. On a global level, there are numerous summits that have brought together various leaders and decision-makers and have included young people as a key stakeholder or ‘major group’. 

According to Agenda 21 (Agenda 21 is a comprehensive plan of action to be taken globally, nationally and locally by organizations of the United Nations System, Governments, and Major Groups in every area in which human impacts on the environment), involving each of the major groups in the decision-making process was recognized as being a “fundamental prerequisite for the achievement of sustainable development.

We are in agreement that this must be an inclusive process, involving all the major groups and Governments. It is high time to promote and support youth participation in programmes and activities relating to sustainable development through, for example, supporting local youth councils or their equivalent, and by encouraging their establishment where they do not.

Ladies and Gentlemen,
There is a need to increase awareness and trust in political process, while also validating and supporting other forms of civic participation. There are a growing number of regional, national, and local youth councils and networks sprouting up due to interest, support, and demand. Increasingly, different youth councils are strengthening their efforts through forging more partnerships and raising their profile. 

Ladies and gentlemen,
Before I end my speech, once again, I would like to express my sincere gratification and welcome all of you to Federal Territory of Labuan. Hope your visit today would not be the first and the last … but to continue your journey here. I hope you will enjoy your stay here.
Thank you very much… may the forum tomorrow achieve its objective of 'Youth and Innovation as Agent of Change'.